Semua maklum bahawa hanya tinggal kurang 2 minggu untuk seluruh warga sekolah di seluruh negara ini akan bercuti panjang untuk cuti akhir tahun. Sebilangan besar pelajar dan guru-guru sudah berkira-kira tidak sabar untuk bercuti. Ada yang sudah memasang angan-angan untuk berjalan-jalan atau makan angin dan tak kurang pula yang membayangkan diri untuk berada di rumah sahaja. Apa jua perancanagn di musim cuti ini, jaga diri, jaga kesihatan dan buat ulangkaji untuk subjek-subjek yang telah dipelajari dan yang bakal dipelajari nanti.
Sedang kebanyakan kita sibuk memikirkan cuti, tidak dilupa kepada calon-calon SPM 2010 yang bakal menghadapi peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia bermula 23hb November ini. Kepada para calon, isi masa yang masih ada ini dengan latih tubi dan ulangkaji, beri penekanan pada bahagian yang lemah, lakukan solat hajat, bungai dengan doa-doa, hadapi peperiksaan dengan tenang dan hati terbuka. Seluruh warga pendidik SAMT Batu 38 mendoakan kejayaan yang gemilang buat kalian setimpal dengan usaha yang kalian lakukan. Buat yang sehabis baik!
Akhir kata dari seluruh warga SAMT Batu 38, Selamat bercuti bagi yang bakal bercuti dan selamat menduduki peperiksaan SPM buat semua calon SPM 2010!