Julung-julung kalinya, PPD dan PKG Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama SKMM, akan mengadakan Karnival ICT 2010 di Dewan Seri Bernam, Sg. Besar. Anjuran ini diadakan bagi memupuk rasa minat dikalangan orang ramai dan para pelajar khasnya dalam menggunakan dan mempraktiskan penggunaan peralatan ICT dalam pembelajaran serta sebagai satu aktiviti masa lapang. Terdapat banyak pertandingan yang dianjurkan seperti Explorace, Rocket, Cyber Fusion, membina blog, rekacipta video klip 1 malaysia dan lain-lain lagi. Pihak sekolah SAMT Batu 38 tidak ketinggalan menghantar para peserta utk sebilangan besar acara. Semoga kalian berjaya.
Karnival ini bermula pada 29 Okt 2010(Jumaat) dan akan berakhir pada 31 Okt 2010(Ahad). Mari kita ramai-ramai memeriahkan karnival ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan