Jumaat, 29 Oktober 2010

SUKAN SEKOLAH

Tanggal 25 Julai yang lalu, SAMT Batu 38 telah menganjurkan Sukan Sekolah Dwi-Tahunan 2010. Latihan firqah telahpun diadakan seminggu awal sebelum Hari Sukan diadakan. Sukan ini diadakan bagi memupuk semanagat kesukanan dan kerjasama di kalangan peserta dalam aktiviti persaingan secara sihat. Di samping itu, dengan adanya aktiviti sukan ini, para pelajar dapat merehatkan diri mereka seketika sebelum menghadapi peperiksaan-peperiksaan penting yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Perubahan berlaku berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana Firqah Biru telah menjadi jura untuk Sukan kali ini. Tahniah kepada Firqah Biru. Tidak ketinggalan, Firqah Kuning yang menyandang Naib Johan keseluruhan , diikuti Firqah Hijau di tempat ketiga dan Firqah Merah di tempat ke-4. Bagi anugerah olahragawan dan olahragawati , kedua-duanya dikuasai oleh Firqah Kuning iaitu Adik Mohd. Fahmi dan Adik Syafiqah. Tahniah kepada sTambah Imejemua. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada pihak penganjur, guru-guru dan para peserta yang terlibat. Semoga semangat kesukanan yang tertanam di dalam diri anda, akan terus membara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan