Bukan sebenarnya....hakikatnya acara MEMANAH kini diperkenalkan di SAMT Batu 38. Walaupun ia merupakan permainan baru di sekolah ini, namun ia telahpun mendapat perhatian di kalangan para pelajar hatta guru-guru juga.

Sekolah ini akan menghantar beberapa orang wakil bagi acara ini bagi pertandingan memanah peringkat negeri di SMKA Simpang Lima.
Para peserta dibimbing oleh Cikgu Abdul Aziz B. Rawi yang turut sama meminati permainan ini. Semoga kejayaan mengiringi para peserta pada pertandingan yang akan berlangsung pada 28 Julai 2010 ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan